Upload Gambar Sedih, Perkongsian Aliff Syukri Lepas Cucuk Vaksin Cetus Tanda Tanya - “Datuk Kena Kuat, Siapa Nak Hiburkan Kami”
Menurut Aliff, badannya kini lemah dan mengalami demam teruk selepas disuntik.
“Sumpah badan saya lemah dan demam teruk lepas cucuk vaksin. Semalam saya kuat, siapa tengok Instagram Story saya tahu.
“Tapi lepas 12 jam saya rebah. Pening sakit semua ada,” katannya menerusi satu posting di Instagramnya semalam.
Menerusi posting itu, Aliff turut membuat naik gambar seorang lelaki bersedih.
Susulan itu, ramai pengikut Instagramnya tampil berkongsi cara untuk mengurangkan kesan vaksin.
“Minum air banyak-banyak Datuk.”
“Itu side efek datuk, ramai kena tapi tak semua.”
“Tak apa, makan panadol nanti ok la.”
“Datuk ok ke tu, jangan sedih, siapa nak hiburkan kami,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, data daripada sistem pemantauan Aefi dalam aplikasi MySejahtera menunjukkan setakat 12 Jun, aplikasi itu menerima 29.3 laporan Aefi biasa atau minor bagi setiap 1,000 dos yang disuntik.
Kesan sampingan yang dilaporkan adalah rasa sakit di kawasan suntikan, sakit kepala, keletihan dan sebagainya, yang merupakan kesan sampingan biasa setelah menerima vaksin.
Di Malaysia juga tiada rekod menunjukkan berlakunya kematian akibat kesan langsung kepada vaksin Covid-19 dan tiada kesan sampingan sehingga menjadi faktor utama seseorang penerima vaksin meninggal dunia.
Semua perkara mempunyai risiko, namun apa yang perlu adalah membandingkan manfaat melebihi risiko. Lazimnya, suntikan vaksin hanya menyebabkan ketidakselesaan selama beberapa hari sahaja.
Berdasarkan laporan Pfizer, mereka yang berusia antara 18 dan 55 tahun mengalami kesan sampingan seperti demam dan sakit di bekas tempat suntikan yang lebih kerap berbanding mereka yang berusia 56 tahun ke atas.
Kesan sampingan selepas suntikan vaksin bukan indikator mutlak ia tidak selamat, sebaliknya semua kesan ini menunjukkan sistem imun badan bertindak balas untuk menghasilkan imuniti.
Kerajaan turut memperuntukkan Dana Kecederaan Vaksin Covid-19, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10 juta untuk menampung pembayaran pampasan kepada mana-mana individu yang mengalami sebarang kesan sampingan daripada program imunisasi. Justeru, rakyat tidak harus ragu-ragu mengenai keselamatan vaksin Covid-19!