gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Mangsa Jerit Meminta Tolong, Ada Yang Ajar Rakan Mengucap - Saksi
BERITA
UPSI Kenal Pasti Identiti 15 Penuntut Terkorban Dalam Kemalangan Bas
HIBURAN
Dinobat Aktres Paling Dikagumi Di Malaysia, Reen Rahim; "15 Tahun Dalam Industri, Saya Tak Pernah Dihargai"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

UPSI Kenal Pasti Identiti 15 Penuntut Terkorban Dalam Kemalangan Bas

gempak
Gempak
09/06/2025
15:55 MYT
Sponsor Banner
UPSI Kenal Pasti Identiti 15 Penuntut Terkorban Dalam Kemalangan Bas

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengenal pasti 15 penuntut yang terkorban dalam nahas bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Banun berdekatan Tasik Banding di Gerik pada awal pagi Isnin.

Pengurusan UPSI pada petang Isnin mengesahkan mangsa terdiri daripada 11 pelajar perempuan dan empat lelaki daripada lapan fakulti.

Berikut senarai mangsa-mangsa:

Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK):

* Nurul Izyanti Muhamad Azahar

* Wan Nur Suhaila Wan Muhammad

* Muhammad Adib Hazim Halim

* Nurul Fatihah Abu Setaman

Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSLIK)

* Muhammad Mustaqim Rosde

Fakulti Pembangunan Manusia (FPM)

* Nur Ainul Qistina Mat Ali

* Nur Dalila Farhana Mohamad Isma

* Nurly Sahirah Azman

Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK)

* Sufea Adela Maslihaizan

* Nik Amni Nadiah Nik Nor Zabir

Fakulti Sains Matematik (FSMT)

* Mohammad Aqil Taqiuddin Mohd Sofian

* Fatin Nasrien Fadli

Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV)

* Nor Ayuni Maslan

Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ)

* Anis Soffiyya Md Zaidi

Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPEK)

* Fakhrul Arif Rosdi

Kemalangan pada jam 1 pagi Isnin itu berlaku ketika bas dari Jerteh, Terengganu menghala ke kampus UPSI di Tanjung Malim dipercayai melanggar belakang kereta MPV jenis Perodua Alza di depannya.

Siasatan kes kemalangan maut itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengambil kira pelbagai kemungkinan, kata Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin.

Siasatan akan turut melibatkan kerjasama dari pihak ketiga iaitu PUSPAKOM, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bas berkenaan membawa 44 individu dari Jerteh terdiri daripada 42 pelajar UPSI lingkungan usia 21 hingga 23 tahun, pemandu dan kelindan.

Tiga belas mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, dan dua lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.

Sumber: Astro AWANI

Topic Berkaitan
#UPSI
#Kemalangan Bas
#15 Penuntut
#Terkorban
Must-Watch Video