Uqasha, Nelydia, Raysha Sekeluarga Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Asraf Aided
Disember 26, 2018 11:51 MYT
Pelakon popular, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Raysha Rizrose telah pun berangkat ke tanah suci Mekah pagi tadi bersama seluruh ahli keluarga mereka untuk menunaikan ibadah umrah.
Perkara itu dikongsi oleh mereka bertiga menerusi akaun Instagram (IG) buat tatapan umum.
Uqasha menerusi IG Story miliknya meminta mereka mendapat umrah yang mabrur.
"Doakan kami sekeluarga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan, semoga kami selamat pergi dan pulang," tulisnya
Dalam pada itu, Nelydia turut berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di IGnya yang meminta diampunkan segala dosa agar segala urusannya dipermudahkan.
"Leaving for umrah, I humbly seek forgiveness for all my wrongdoings dan jika tak keberatan, doakan segala urusan kami di sana agar dipermudahkan," tulisnya.
Sementara Raysha pula minta agar segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
Selain Uqasha, Nelydia dan Raysha, antara artis lain yang turut berada di Mekah untuk menunaikan umrah adalah Neelofa, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
#Uqasha Senrose #Nelydia Senrose