Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Uqasha Senrose Dakwa Pembantu Peribadi Berperangai ‘Buruk’ - “Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”

Asyikin Mayudin
26/08/2024 06:54 MYT
Pelakon Uqasha Senrose tampil mendedahkan perangai sebenar bekas pembantu peribadinya yang didakwa membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan memukul.

Lempar fitnah

Uqasha menerusi perkongsian di Instastory berkata dia tidak menyangka wanita yang diambil bekerja dan memberi layanan baik sanggup melemparkan fitnah terhadapnya.

“Sebelah beberapa orang buang you kerja, I ambil you kerja tanpa tanya apa sejarah you. Layan you baik, siap duduk rumah, tidur rumah, keluar masuk rumah macam rumah sendiri la (macam tak ada rumah sendiri, takkan kita nak halau).

“Kita ada saja conversation tu tapi cuba untuk tidak memalukan dia lagi dari bulan 10 sampai bulan 6 tahun ini. Tak shooting pun gaji bulanan tetap fix… tapi kerana terlalu selesa ni balasan you dekat orang?

“Fitnah dan aib yang you cuba buat sekarang ni you rasa you berjaya? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini. Siapa yang dahulu kan? Kita tak cakap kosong dik, kita cakap ada sekali dengan bukti,” dakwa Uqasha.

Pada perkongsian lain, Uqasha turut mendakwa bekas pembantu peribadinya juga berani memasuki bilik tidur dan mengambil beg kertas yang berisi wang miliknya tanpa kebenaran.

“Benda pertama sekali, masuk bilik orang tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit yang banyak daIam tu pun kita pun jem otak dah ada maid kemas tapi kenapa you juga nak masuk bilik I kemas bilik I?

“Masuk bilik privacy orang tu pun dah pelik. Siap mengaku tangan sambil lalu? Beberapa hari kemudian baru la Qasha perasan paper bag tu hilang nak cari dekat cctv after few days footage akan auto delete,” dedahnya.

Bukan itu sahaja, Uqasha turut mendakwa wanita tersebut juga bersenang-lenang memasuki rumahnya ikut suka dan memakai baju tidurnya.

“Masuk rumah orang sesuka hati, time ni dah mula rasa tak suka macam tak ada adab mak bapa tak ajar main masuk rumah orang. Tak cukup masuk keluar rumah orang sesuka hati tambah pula main pakai baju tidur orang sesuka hati?” katanya lagi.

Mahu menyelesaikan dengan cara baik namun Uqasha terkejut apabila kakak kepada wanita tersebut memilih media sosial sebagai platfrom untuk menjatuhkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan Polis Dakwa Artis Pukul Pembantu Peribadi Tular

ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Dedah Wajah Hawra Uqaira, Bakal Kongsi Kehidupan Bergelar Ibu Di ‘Oh Baby Kamal & Uqasha’

#Uqasha Senrose #Aprena Manrose #Pembantu Peribadi #PA Uqasha Senrose