Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Uqasha Senrose & Kamal Adli Dah Bertunang…Tahniah!

Fiza Kamarudin
04/04/2021 11:07 MYT
Pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah melangsungkan pertunangan pada petang Ahad.

Menurut sumber, majlis merisik turut dijalankan serentak pada petang tadi dan telah berlangsung secara tertutup di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Majlis juga hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan.

Walaupun Uqasha dan Kamal tidak memuat naik sebarang foto, namun momen indah tersebut telah dikongsi adik pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu di ruangan Insta Story di Instagram.

Selain Raysha, pereka fesyen Shanell Harun turut memuat naik hantaran ketika sedang menatarias Uqasha di laman sosial IGnya.

Busana indah disarung Uqasha pada majlis dilangsungkan hari ini direka Shanell Harun dan disolek oleh Cahaya Sakinah.

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

Terdahulu, Uqasha telah berkongsi kepada media ingin mengadakan majlis perkahwinan di tanah tinggi.

Kata Uqasha ia bersesuaian dengan impiannya dan Kamal mahu mengadakan majlis berkonsepkan taman dan 'outdoor'.

Hubungan cinta Uqasha dan Kamal mula berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.

Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.

Pengarah, Michael Ang 'memecahkan rahsia' dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.

Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Bertunang #Merisik
;