Hiburan
Uqasha Senrose Tak ‘Claim’ Diri Baik, Minta Bukti Tuduhan Melampau - “Sampai Fitnah Aku Kaki Pukul, Penumbuk Semua…”
Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang yang baik dan lemah lembut namun ia hanyalah pandangan orang ramai terhadapnya.
Buat baik
Sentiasa berbuat baik dengan orang, Uqasha bagaimanapun menganggap tuduhan dia memukul pembantu peribadinya itu satu fitnah yang melampau.
“Aku tak pernah claim diri aku baik, lembut, pijak semut tak mati ke apa, itu pandangan korang dekat aku. Aku baik dengan orang yang baik dengan aku.
“Orang buat jahat dengan aku pun, aku boleh diam lagi tapi sampai fitnah aku kaki pukul penumbuk semua tu, I think that’s too much. I said talk is cheap, I also can create apa-apa sekarang ni kalau nak,” ujarnya.
Minta bukti
Pada perkongsian yang sama, isteri kepada aktor Kamal Adil ini meminta individu yang memfitnahnya itu menyertakan sekali dengan bukti bukan hanya membuat laporan polis selepas seminggu insiden berlaku.
“Tapi keluarkan bersama dengan bukti. Mungkin gambar ke atau pergi terus buat laporan polis bukan selepas tujuh hari baru nak buat laporan?” katanya lagi.
Sebelum ini, Uqasha tampil mendedahkan perangai sebenar bekas pembantu peribadinya yang didakwa membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan memukul.
ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose Dakwa Pembantu Peribadi Berperangai ‘Buruk’ - “Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”
ARTIKEL BERKAITAN: Laporan Polis Dakwa Artis Pukul Pembantu Peribadi Tular
ARTIKEL BERKAITAN: #GTheUntoldStory: Hawra Uqaira, Penyeri Hidup Kamal & Uqasha
Uqasha menerusi perkongsian di Instastory berkata dia tidak menyangka wanita yang diambil bekerja dan memberi layanan baik sanggup melemparkan fitnah terhadapnya.
Terdahulu, satu laporan polis yang mendakwa seorang pelakon wanita memukul pembantu peribadi (PA) baru-baru ini kini tular di laman sosial.
Menerusi laporan itu, pelakon yang dimaksudkan ialah Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen.
Must-Watch Video