Berita

Urat Lutut Putus Gara-Gara Main Bola Sepak, PU Amin Terpaksa Jalani Pembedahan

gempak
ZULHILMI JALIL
17/08/2020
03:05 MYT
Sponsor Banner
Urat Lutut Putus Gara-Gara Main Bola Sepak, PU Amin Terpaksa Jalani Pembedahan
Pendakwah Pencetus Ummah (PU) Amin terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami kecederaan pada bahagian lutut kanannya.
Menurut PU Amin, pembedahan itu perlu dilakukan selepas doktor mendapati urut lutut kanannya terputus akibat kecederaan ketika bermain bola sepak dua minggu lalu.
"Mulanya bila rasa sakit saya pergi klinik sahaja, tapi tak surut-surut pula. Lutut jadi bengkak. Sangkakan terseliuh sahaja, rupanya-rupanya apabila pergi lakukan x-ray, urat ACL (ligamen anterior cruciate) saya putus.
"Jadi, doktor terpaksa lakukan pembedahan untuk ambil urat di paha untuk digantikan di bahagian lutut," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut PU Amin, dia sudah dimasukkan ke wad hospital di Kajang sejak semalam.
"Hari ini pembedahan itu dilakukan. Insya-Allah jika semuanya okay, doktor jangka Rabu dah boleh keluar," katanya.
Terdahulu, menerusi satu entri di Instagram, PU Amin turut berkongsi gambar dirinya yang kini berada di wad hospital.
Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar dirinya cepat sembuh dan dapat kembali bekerja seperti biasa.
"Allah, kenapa Amin? Hang bedah lutut ke? Cepat sembuh." komen penyanyi Fakrul UNIC.
"Moga cepat sembuh Amin," tulis pelakon Fadzil Zahari.
Saksikan program yang menampilkan PU Amin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live