Cef selebriti, Cef Zam mendedahkan ada dalam kalangan peminatnya yang menghubunginya untuk meminjam sejumlah wang.

Menerusi perbualan kiriman mesej langsung akaun media sosialnya, pengguna berkenaan mendakwa dia merupakan peminat setianya dan mahu meminjam RM250 daripadanya.

"Saya peminat setia kamu, nak minta tolong cef boleh tak? Sebenarnya segan juga minta duit kat oran famous ni.

"Nak pinjam RM250, urgent case nak pakai sangat. If you don't mind.

"I'm sorry for asking this stupid question," tulis pengguna berkenaan yang meletakkan foto seorang jejaka pada profilnya.

Bagaimanapun, Cef Zam menjelaskan dia punyai polisi untuk tidak meminjamkan wang kepada individu tidak dikenali.

"Hi, terima kasih banyak-banyak.

"Saya minta maaf saya tak boleh pinjamkan wang kepada orang lain. Itu polisi hidup saya," balasnya.

Cef Zam memuat naik paparan skrin perbualan bersama pengguna berkenaan di media sosial Twitter pada Rabu dan mendapat pelbagai respon daripada pengikutnya.

"Saya selalu dapat kiriman teks sebegini, entahlah. Ada yang betul-betul ikhlas ada yang ... well... your instincts will tell you lah.

"Soalan yang selalu melintas ialah ada pula duit nak main Instagram, telefon pintar, top up!" kongsi Adibah Noor.



Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!