Laman Utama

Urgh! Patutlah Tak Kurus-Kurus! Tidur Lampu Terbuka Boleh Naik 5 Kg?

gempak
Mya Amri
08/09/2020
08:33 MYT
Sponsor Banner
Urgh! Patutlah Tak Kurus-Kurus! Tidur Lampu Terbuka Boleh Naik 5 Kg?
Pasti ada dalam kalangan masyarakat yang gemar tidur dengan keadaan lampu terpasang.
Jika anda gemar melakukan perkara demikian, fikirkan semula.
Mengikut perkongsian Public Health Malaysia, amalan itu merupakan salah satu punca berlakunya peningkatan obesiti.
“Kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan
“Peningkatan 5kg berat badan atau lebih, peningkatan risiko 10% BMI dan risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.
“Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi 'body clock" yang mengawal masa tidur- sedar manusia.
“Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan,pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti,” kongsi laman berkenaan. Dengan perkongsian ini, Gempak berharap dapat memberikan manfaat buat pembaca.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024