Seorang kanak-kanak mencuri tumpuan netizen apabila meminta ibunya mencarikan tajuk lagu yang baru didengarnya.

Menerusi rakaman yang viral itu, kanak-kanak tersebut mengatakan sebahagian lirik lagu berkenaan adalah ‘usah-usah hati-hati’.

Namun, disebabkan bayangan yang diberi amat terhad, ia menyukarkan ibunya mencari tajuk lagu tersebut.

Lantas, video tersebut dimuat naik di Facebook untuk meminta bantuan netizen.

Menariknya, kebanyakan netizen juga bingung apakah judul lagu berkenaan.

Ada yang seharian untuk cuba mencari lagu yang mempunyai lirik tersebut.

Walaubagaimanapun, selepas beberapa hari barulah lagu berkenaan ditemui oleh ibunya, hasil daripada bantuan netizen.

“Untuk makluman netizen lagu tersebut sudah jumpa. Bukan lagu Korea bukan lagu Cina.

“Lagu melayu rupanya, 7 Nasihat daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Apapun terima kasih kepada semua yang meneka lagu. Pencarian sudah berakhir.

“Terima kasih rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu posting terbaru di Facebook.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

Konpiden nyebut lagu Cina.. Geram hatiku??

Posted by Yulyati Ali on Tuesday, August 4, 2020