Usap Burung Peliharaan Sebelum Melepaskannya, Nadia Hasnan Menangis Sebak... Sedihnya!

Asraf Aided
Mei 10, 2019 10:27 MYT
Penyampai radio ERA, Nadia Hasnan berkongsi dua buah video sebelum dia melepaskan dua ekor burung peliharaannya ke pusat penjagaan haiwan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Menurut Nadia, dia amat menyayangi burung peliharaannya yang dinamakan Piqa dan Usher itu, namun melepaskannya adalah jalan yang terbaik.
"It is hard to say this, but today Insya-Allah after habis shooting, Nadia akan hantar Piqa and Usher ke Zoo Negara Malaysia.
"I decided untuk lepaskan diorang kat sana sebab saya percaya kat sana diorang lebih bebas untuk terbang dalam sangkar yang lebih besar dan ada ramai kawan.
"I thought bela diorang cukup sekadar lepaskan dalam rumah macam korang selalu tengok, but somehow they deserve more than that.
"I hope my decision is wise and they will be so much happy untuk tinggal dengan family baru," tulisnya sebagai kapsyen di video pertama.
Dalam video terbaru, Nadia kelihatan mengusap burung peliharaannya sambil menitiskan air mata ketika sampai di pusat penjagaan haiwan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Nadia untuk tabah dan memberi kata-kata semangat buatnya.
Sedikit info mengenai Nadia, terdahulu, dia merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) dan kini berkhidmat sebagai penyampai sambilan untuk stesen ERA.
#Nadia Hasnan