Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Usia Dah 53 Tapi Nampak Lebih Muda Daripada Vida, Jurusolek Ini Dedah Pengalaman Menyolek Maria Farida - “Tak Ada Satu Pun…”

Izwan Isa
18/10/2022 23:50 MYT
Umurnya sudah mencecah 53 tahun. Tetapi raut wajahnya seperti tidak dimamah usia. Begitulah deskripsi yang tepat menggambarkan pelakon cantik Datin Maria Farida.

Setiap kali dirinya muncul di layar kaca, pasti ada antara netizen yang terpegun dengan penampilannya yang sentiasa muda.

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan selebriti Datuk Sri Vida, ramai antara netizen yang memuji kecantikan serta penampilan Maria Farida.

undefined
Tidak kurang ada juga yang membandingkan dirinya yang lebih berusia daripada Vida tetapi kelihatan lebih muda.

“Maria Farida tua lima tahun daripada Datuk Sri Vida. Tapi nampak macam kakak adik versi awet muda. Ala lewat 30-an gitu depa berdua.

“Maria lagi tua daripada Datuk Vida. Tapi tengoklah tu, kalah anak dara.”

Selain itu, menerusi ruangan komen di Instagram, ada juga yang bertanya jika Maria Farida ada memakai bengkung, memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping.

Jawab tuan empunya badan: “Tidak, saya tidak perlukannya. Pinggang saya berukuran 24 inci,” kongsinya.

Dalam pada itu, seorang jurusolek turut berkongsi pengalaman ketika pernah menata rias wajah pelakon itu.



“Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation.

“Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun.

“Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Datuk Seri Vida #Maria Farida #Awet Muda
;