Hiburan

Usia Kandungan Enam Bulan, Loca B Mula Rasa Penat

gempak
Zulaikha Yusof
11/11/2020
02:23 MYT
Sponsor Banner
Usia Kandungan Enam Bulan, Loca B Mula Rasa Penat
Penyanyi rap wanita, Loca B mendedahkan usia kandungannya sudah memasuki enam bulan.
Ketika dihubungi Gempak, Loca melahirkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang alahan sejak awal kehamilan.
"Alhamdulillah semua okay setakat ini. Usia kandungan saya pun sudah memasuki enam bulan.
"Saya pun tak ada alahan. Loya biasa la awal-awal tu. Mindset saya set dari awal nak kerja keras selagi mampu jadi memang cuba jaga kesihatan sebaik mungkin," katanya.
Tambah isteri kepada anggota kumpulan K-Clique, Tuju menyatakan dia sudah mula cepat berasa penat apabila kandungannya hampir memasuki trimester ketiga.
"Sekarang perjalanan karier saya dah mula perlahan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Nak masuk trimester ketiga ni dah mula rasa penat. Kalau hari yang kena kerja, saya mesti bersenam dulu sebelum pergi supaya rasa segar," katanya lagi.
Sebelum ini, Tuju membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Loca di Instagram Stories miliknya.
Coretan itu juga dilengkapkan dengan foto Loca yang kini sedang hamil.
BACA: “I Love You Wife” – Peminat Terkejut Loca B Dedah Perut Macam Babybump, Rupanya Dah Kahwin Dengan Tuju
BACA: "Sudah Lama Berkahwin Tetapi Bila Tarikhnya ..." - Tuju Selesa Simpan Hal Peribadi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live