Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Usia Sudah 44 Tahun, Model Gisele Bundchen Hamil Lagi Selepas Sedekad

Maliah Surip
29/10/2024 13:55 MYT
Model terkenal Gisele Bundchen dilaporkan hamil anak pasangannya, Joaquim Valente pada usia 44 tahun.

BERITA TRENDING: Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan

Kehamilan itu menjadi yang pertama selepas lebih sedekad dia melahirkan anak perempuan, Vivian Lake, 11 tahun. Lake merupakan anak kedua hasil perkahwinan bersama bekas suaminya aktor Tom Brady. Anak pertama mereka, Benjamin Reid sudah berusia 14 tahun.

Selain memiliki dua anak bersama Brady, model yang terkenal dengan jenama pakaian dalam Victoria Secret tersebut juga merupakan ibu tiri kepada anak aktor tersebut, Jack, 16.

Jika selamat melahirkan anak bersama kekasihnya yang merupakan seorang jurulatih Jiu-Jitsu yang berusia 37 tahun, itu akan menjadi cahaya mata ketiga daripada Bundchen.

“Bundchen dan Valente sangat gembira untuk melalui pengalaman baharu dalam hubungan dan kehidupan mereka.

“Mereka teruja untuk memulakan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang buat keluarga mereka,” ujar satu sumber kepada People.

Bagaimanapun baik Gisele mahupun Valente kedua-duanya belum memberi kenyataan tentang laporan tersebut.

Pasangan itu dilaporkan sudah menjalin asmara sejak November 2022 namun hanya mengesahkan bercinta pada Julai 2023.

BERITA TRENDING: Percaya Kad Tilik & Batu Kristal, Gisele Bundchen Tak Kisah Digelar Ahli Sihir

#Hollywood #Hamil #Model #Victoria's Secret #Gisele Bundchen
;