"Usianya Kini Masuk Bulan Keempat" - Rizman Kongsi Berita Gembira Isterinya Sedang Hamil

Badrul Hashim
Mac 9, 2020 06:06 MYT
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin mengumumkan bahawa isteri tercinta Nurida Suraya kini sedang hamil dan usia kandungannya sudah memasuki empat bulan.
Rizman yang merupakan sebahagian daripada empayar fesyen Rizman Ruzaini ternyata sangat gembira berkongsi berita tersebut di Instagram miliknya.
"Alhamdulillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kami dihadiahkan anugerah yang paling berharga. Ihsan dan amanat dari yang Esa. Usianya kini masuk bulan ke empat.
"To my beautiful queen Nurida Suraya, thank you so much for this. Moga Allah permudahkan segalanya untuk mu," tulis Rizman pada entri tersebut.
Rizman juga berdoa semoga cahaya mata yang bakal lahir kelak ckup sifat dan menjadi insan yang terbaik.
"Ya Allah ya tuhanku, semoga anugerah pinjaman-Mu ni dilahirkan cukup sifat, seindah makhluk terbaik yang pernah Engkau ciptakan, dan dengan kehadirannya, dapat kami didik ia kejalan-Mu, yang akan membawa kami ke syurga-Mu," doa Rizman.
Rizman Nordin menikahi Nurida Suraya pada bulan September tahun lalu.
#Anak #Pereka Fesyen #Rizman Nordin