“Usik Saya Tak Apa, Tapi Ini Sudah Membabitkan Keluarga,” Niezam Zaidi Beri Amaran Kepada Siapa?
Maliah Surip
10/01/2022 13:15 MYT
10/01/2022 13:15 MYT
Pelakon Niezam Zaidi melahirkan rasa kesalnya selepas mendapati ada individu yang menyebarkan maklumat peribadi dan alamat kediaman keluarganya di media sosial.
Kekesalan tersebut turut disertakan dengan kata kata amaran yang diluahkannya menerusi Instagram Stories selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan, hari ini.
Dilihat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan memberi kata kata semangat buatnya, Niezam mengaku sudah lama bersabar dengan sikap netizen atau individu yang tidak bertanggungjawab.
Namun kesabarannya ‘pecah’ apabila ada yang dengan sengaja mengheret sama anggota keluarganya.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat buat saya. Saya sudah lama bersabar, hendak usik saya tidak apa-apa tetapi jangan keluarga saya.
"Malah, saya juga tidak marah apabila ada pihak yang hendak membuka aib saya. Tetapi bukan sehingga mengusik keluarga saya. Hendak viralkan saya tidak apa, tetapi ini sudah membabitkan keluarga,” katanya dalam luahan tersebut.
Berasa terganggu dengan sikap tidak bertanggungjawab tersebut, pemilik nama sebenar Muhamad Niezam Mohd Zaidi itu meminta individu yang menyebarkan maklumat keluarganya sehingga tular di media sosial datang bertemunya.
"Jika anda yang merupakan dalang di sebalik semua ini, saya hendak awak datang mencari saya kerana saya ingin tahu apa motif awak bersikap sedemikian," pinta Niezam.
Tidak lama kemudian, Niezam dilihat menulis permohonan maaf jika ada kata katanya yang menguris hati dan perasaan peminat atau pengikut di media sosialnya.
Dia menulis: “Maaf semua sorry sebab ter emo. Lama dah simpan, hadam. Tak boleh cakap dah. Menggigil teruk. No worriess bragder aku ada bukti.”
Terdahulu, Majistret Mohd Shazmeer Zamhari di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar memutuskan hukuman sebanyak RM4,000 atau penjara 10 bulan turut memerintahkan Niezam menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun.
Berdasarkan pertuduhan pindaan yang dibacakan hari ini, Muhamad Niezam didakwa ada dalam milikannya 0.6 gram (g) dadah jenis kanabis di sebuah rumah di Persiaran Jati, Taman Chandan Putri, kira-kira 7.10 pagi, 10 Oktober 2021 iaitu kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Instagram: @niezamzaidi