Usop Sah Bergelar Suami Kepada Nur Fatihah, Tak Terburu-Buru Rancang Zuriat
Amri Hassan
04/02/2022 04:25 MYT
04/02/2022 04:25 MYT
Bintang Big Stage 2020, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim B. Mohd Noor 24, selamat bernikah dengan gadis pilihan, Nur Fatihah Md Hashim,25 yang berasal dari Sungai Dua,Pulau Pinang, pada Jumaat.
Majlis akad nikah itu diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.
Berkongsi kegembiraan sempena hari bahagia mereka, kata Usop, dia berharap agar peminat serta mereka yang mengenalinya terus mendoakan kebahagian mereka sehingga ke anak cucu.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
"Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.
"Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan," katanya.
Soal zuriat, kata Usop mereka tidak terlalu terburu-buru dan menyerahkannya pada rezeki Allah.
"Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.
"Tapi buat masa ini fokus kami berdua adalah untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya," katanya.
Acara akad nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris, berwalikan bapa kepada Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bersaksikan abang Nur Fatihah, Muhammad Firdaus Md Hashim serta bapa Usop sendiri, Mohd Noor Ismail.
Dalam majlis pernikahan ini Usop memberikan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak pengantin perempuan, manakala mas kahwin sebanyak RM3,000.00 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.
Majlis bagi pihak perempuan akan berlangsung pada malam ini dan majlis resepsi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 13 Februari 2022 di Kulim Kedah.
Terdahulu, Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021 selepas dua tahun berkenalan.
Sebagai info, Nur Fatihah berkhidmat sebagai seorang kakitangan bahagian pentadbiran di sebuah syarikat Pulau Pinang dan membuat kerja sampingan iaitu berniaga barangan kosmetik.
Foto @kakiklikphotography