Pendakwah sensasi, Ustaz Abu Syafiq menegur pemakaian golongan wanita ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Menurut Abu, sudah jelas haram sekiranya memilih untuk mengenakan pakaian yang ketat.

"Pakaian wanita berbasikal yang jenis ketat sudah pastilah HARAM. Bayangkan kalau terkemalangan.

"Mati katak macam tu ja lah dengan dosa," tulisnya di Instagram (IG).

Sementara itu, Abu turut menyindir sikap wanita yang tidak mengemas rumah gara-gara berbasikal.

"Berbasikal tapi rumah bersepah dan busuk tak kemas. Malu lah wei!" tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, Abu tidak menyatakan kepada siapa posting itu dituju.

Pakaian wanita berbasikal yg jenis ketat sudah pastilah HARAM. Bayangkan kalau terkemalangan... 'mati katak' gitu jeklah dengan dosa. Berbasikal tapi rumah bersepah dan busuk tak kemas. Malu lah wei!

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq) on