Penceramah terkenal berstatus selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 34, menafikan khabar angin dia sudah berkahwin dua.

Terkejut mendengar dakwaan tersebut, Don tidak akan menyembunyikan berita sebegitu sekiranya ia benar.

"Dakwaan terbabit tidak benar. Sebelum ini, gosip saya kahwin dua ni saya tak pernah dengar dan tak tahu langsung.

"Kalau benar, pasti saya tak akan sorok kerana perkahwinan merupakan perkara yang baik.

"Cerita terbabit hanya khabar angin. Kalau benar saya kahwin dua, seronoklah. Setakat ini, saya masih mempunyai seorang isteri," seloroh Don sambil ketawa.

Ketika ditanya apakah perasaan isterinya jika terdengar mengenai dakwaan ini, Don mempunyai jawapan tersendiri.

"Kalau isteri saya dengar, dia mungkin marah tetapi dia seorang wanita yang mempunyai sikap profesional dan pastinya akan bertanya dahulu.

"Tapi dakwaan kahwin dua ini memang tak betul, jadi saya akan jawab tak betul. Sebenarnya, memang tidak benar," katanya ketika ditemui di majlis tayangan program Ramadan 2018 anjuran Astro di Wow KL, Jalan Ampang sebentar tadi.

Don bakal terlibat dalam program Al Kauthar Sentuhan Qolbu bermula Ramadan ini, 14 Mei, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 petang di Astro Oasis dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Carian Google