HIBURAN
Ustaz Kazim Elias Kongsi Cara Hindari Penyakit Ain - “Kalau Orang Puji Kita, Kena…”
Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim berkongsi cara untuk menghindari daripada penyakit ain.
Cara elak
Menerusi sebuah sesi temu bual bersama usahawan dan jurusolek Datuk Seri Alha Alfa, Ustaz Kazim menjawab pertanyaan mengenai penyakit ain yang sering didatangi tanpa disedari.
“Kalau orang puji kita, kena disebut dengan zikir. Jangan bila orang puji cantik, kita jawab ‘biasa je’.
“Jawapan macam itu boleh terkena ain. Kita tak tahu orang yang memuji itu niat mereka apa. Bila orang puji saja, sebutkan Subhanallah, Alhamdulillah Hazamin Fadli Rabbi,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka mengalami penyakit angin yang menyeksakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”
ARTIKEL BERKAITAN: “Gelaran 'Penyondol’ Trend Membimbangkan, Istilah Tidak Sesuai” - Ustaz Kazim
Selain itu, warganet turut mengucapkan terima kasih atas peringatan yang amat bermanfaat.
“Betul sangat… dulu orang puji saya makin kaya beli aset itu ini… saya tak pernah sikit gini. Tak sampai enam bulan nikmat tu. Saya jatuh sakit dan kena tipu banyak benda… Astaghfirullah, kini saya faham apa itu ain.
“Bila terlalu terdedah dan mndedahkn dari media sosial zaman sekarang ni memang terbuka luas terkena pnykit ain ni... kena rajin baca doa-doa tertentu setiap lepas subuh dan maghrib.
“Bismillah.. terbaik pengkongsianya. Terima kasih pencerahanya Ustaz. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakba,” komen beberapa netizen.
undefined