“Ustaz Mana Artis Ini Rujuk? Sendiri Buat Hal, Sendiri Mengaku Dapat Pahala” - Ridhuan Tee Abdullah
Azwa Rahman
06/05/2021 12:15 MYT
06/05/2021 12:15 MYT
Pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah membidas kenyataan seorang selebriti popular yang mendakwa dia mengumpul pahala apabila ada orang memfitnahnya.
Menerusi laman sosial Facebook, Ridhuan berkongsi hantaran berbentuk nasihat tersebut untuk tatapan umum.
“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.
“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.
“Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek. Konteks dan teks berbeza,” ujar beliau.
Menurut beliau, budaya menggunakan nama ‘ustaz’ bagi mengeluarkan kenyataan berhubung dosa pahala harus dihentikan.
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu juga berkata, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana menganjurkan majlis dalam situasi pandemik.
“Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.
“Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis. Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.
“Contohnya antara perkara sunat dan wajib. Mana perlu diutamakan. Begitu juga dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan,” jelasnya lagi.
Selain itu, penceramah bebas itu turut mengingatkan kepada semua pihak supaya menghentikan budaya mencari publisiti dengan berkongsi semua perkara kepada khalayak.
“Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?” jelas beliau lagi.
Terdahulu, seorang penyanyi terkenal telah menganjurkan majlis bertahnik anak lelaki di kediamannya.
Antara tetamu kenamaan yang menghadiri majlis tersebut adalah menteri kabinet serta barisan pencemarah terkenal.