Seorang ustaz yang juga penceramah bebas membuat pengakuan mengejutkan apabila dikatakan telah membawa jemaah tidak divaksin ke Arab Saudi.

Pengakuan secara terbuka itu dibuat ustaz berkenaan menerusi satu posting terbaru di Instagramnya.

Tambah membimbangkan, ustaz berkenaan turut mengakui bahawa dirinya juga tidak divaksinasi.

“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tidak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab vaksin ini dah pupus.

“Ramai juga jemaah tak ambil pun vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.

“Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka bergelar pakar’,” katanya.

Sekadar info, minggu lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

Sumber : Sinar Harian