Ustaz Rawat Pesakit Guna Pistol Mainan, Netizen Hairan - “Ini Ruqyah Ke Main Mobile Legend”
Umirah Halim
21/03/2024 05:00 MYT
21/03/2024 05:00 MYT
Sepotong video yang memaparkan seorang ustaz merawat pesakit yang didakwa dirasuk jin mendapat perhatian orang ramai baru-baru ini.
Apa yang menarik perhatian adalah ustaz ini telah menggunakan sejenis pistol mainan ketika rawatan secara dalam talian tersebut sedang dijalankan.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang individu di platform X, dapat dilihat mimik muka ustaz tersebut tersengih sambil di dalam posisi seakan sedang menembak pesakit yang sedang meronta dirasuk jin itu menggunakan pistol mainan tersebut.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh netizen.
Ada yang mempersoalkan kaedah rawatan yang digunakan kerana didakwa seakan mempersendakan agama dan ada juga yang terhibur dengan cara rawatan ustaz tersebut.
“Berapa ramai orang percaya? Adoi. Inilah mempersendakan agama.
“Mesti ustaz ni cakap dalam hati “eh dia ni, lebih pulak dari aku”.
“Bodoh orang macam ni penjenayah agama. Tunggang agama memalukan agama buat nampak agama kita buruk kat mata orang bukan islam. Tapi ramai orang bodoh pergi sanjung.
“Dia sendiri tergelak sbb mak cik sebelah memang menjiwai watak.
“Dia sengih tah tah dia pun rasa kelakar.
“Ni ruqyah ke main mobile legend,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 600 ribu tontonan di Platform X.Berita Trending: Jual 34 Perisa Air Balang, Peniaga Bazar Ramadan Kaut Untung RM10,000…
Apa yang menarik perhatian adalah ustaz ini telah menggunakan sejenis pistol mainan ketika rawatan secara dalam talian tersebut sedang dijalankan.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang individu di platform X, dapat dilihat mimik muka ustaz tersebut tersengih sambil di dalam posisi seakan sedang menembak pesakit yang sedang meronta dirasuk jin itu menggunakan pistol mainan tersebut.
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh netizen.
Ada yang mempersoalkan kaedah rawatan yang digunakan kerana didakwa seakan mempersendakan agama dan ada juga yang terhibur dengan cara rawatan ustaz tersebut.
“Berapa ramai orang percaya? Adoi. Inilah mempersendakan agama.
“Mesti ustaz ni cakap dalam hati “eh dia ni, lebih pulak dari aku”.
“Bodoh orang macam ni penjenayah agama. Tunggang agama memalukan agama buat nampak agama kita buruk kat mata orang bukan islam. Tapi ramai orang bodoh pergi sanjung.
“Dia sendiri tergelak sbb mak cik sebelah memang menjiwai watak.
“Dia sengih tah tah dia pun rasa kelakar.
“Ni ruqyah ke main mobile legend,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 600 ribu tontonan di Platform X.