Ustazah Kongsi Doa Supaya Alat Kelamin Suami Lebih Kuat & Tahan Lama, Netizen; "Macam Tak Sesuai Depan Khalayak Ramai"

Umirah Halim
Januari 19, 2024 02:00 MYT

Baru-baru ini seorang pendakwah terkenal,Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dikecam setelah satu video merakamkan dirinya berkongsi doa menguatkan alat kelamin lelaki tular di platform X.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ustazah Norhafizah mengajarkan kepada penonton yang hadir ke acara itu satu doa untuk alat kelamin suami supaya lebih kekal lama dan kuat.

Dear Jakim. Ni ada ustazah ajar doa kuatkan konek pada khalayak wanita. Tapi awak lagi suka nak bangunkan sistem AI untuk pensijilan halal. Patut awak la yang ajar lelaki doa2 gini demi meramaikan umat. Kannn? pic.twitter.com/twOHo0XyoC

— The Mamu™ ?? (@The_Mamu) January 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Norhafizah turut memberi keizinan kepada penonton untuk merakam doa tersebut supaya boleh diajarkan kepada suami.

“Rekod jelah tapi nanti ajar suami ya,” katanya dalam video tersebut.

Difahamkan majlis itu dipercayai hanya dipenuhi penonton wanita, namun ia tetap mencetuskan perselisihan pendapat antara netizen di mana ada segelintir yang bersikap terbuka manakala sesetengah lagi menyifatkan perkongsian itu sebagai perkara yang tidak sesuai dikongsi dalam majlis agama.

Antara komen yang diterima:

Apa salah nya doa je bukan ajar main sihir pun.

“Sopan je tengok. Ilmu rumah tangga. Apa masalahnya? Lebih baik kau pergi attack yang terang-terang zina dan post kat twitter dari dok kecam ustazah tu.

“Amender. Takde benda lain ke nak ajar?

“Macam tak sesuai depan khalayak ramai,” tulis salah seorang netizen.

Berita Trending:Al-Quran Jadi Saksi First Date Abbas Mahmood, Alana Dee Dunsmore - "Kami Banyak…

Sekadar info, majlis itu dipercayai merupakan anjuran selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa bagi melancarkan produk kesihatan wanita.

Setakat artikel ini ditulis entri tular itu memperolehi lebih 500 ribu tontonan di Platform X.

#Datuk #Ustazah #Dr #Musa #Doa Kuat Alat Kelamin #Norhafizah