Hiburan
"Usually Mesti Abah Call Wish" - Sambut Hari Jadi, Khairul Aming Rindu Suara Arwah Abah
Personaliti masakan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Khairulzaman Hussin yang meninggal dunia pada Mac lalu.
Lebih mengharukan, ucapan arwah bapanya menjadi rutin setiap kali tibanya sambutan hari jadi pada 25 September setiap tahun.
L12.01 am. Ahhh today is my birthday. Usually pagi esok mesti abah call untuk wish.
"Not this time i guess. miss you abah," ungkapnya menerusi ciapan di Twitter.
Sementara itu, menerusi akaun Instagramnya, Khairul Aming turut berkongsi video nyanyian Happy Birthday oleh anak saudaranya.
Perkongsian Khairul Aming mencetuskan rasa hiba dalam kalangan netizen.
Khairul Aming mula mencuri tumpuan ramai menerusi video masakan ringkas di media sosial sejak 2018.
Popular dengan tagline 'hey, what's up guys!', Khairul Aming kini mengumpul jumlah pengikut lebih 2.7 juta di Instagram dan 400,000 di Twitter.