Gaya Hidup
Utamakan Jarak Selamat, Jom Lihat Persediaan Amy Nak Sambut Ramadan Dari Rumah!
Penyanyi rock terkenal, Amy Search menyesuaikan diri dengan norma kehidupan berbeza ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan di Malaysia.
Amy telah melakukan yang terbaik untuk mengekalkan jarak selamat seperti tidak pergi membeli barang dapur dan mencuci rumah dengan sempurna.
Selain itu, Amy juga memberi sokongan kepada peniaga gerai makanan yang terpaksa menutup gerai mahupun bazar Ramadan tahun ini demi mematuhi arahan PKP dari kerajaan.
Dengan mengamalkan aspek jarak selamat, Grab Malaysia telah melancarkan kempen Ramadan 'Amy Cari, Grab Ada'!
Kempen tersebut juga telah diarahkan menerusi talian dan menjalani penggambaran di rumah Amy sendiri dalam bentuk Vlog.
Menurut Ketua Pemasaran Negara Serantau Grab, Sulin Lau, detik sukar krisis COVID-19 ini telah membuatkan semua 'Grabbers' lebih erat dan bekerjasama dalam mencetuskan inovasi.
"Detik sukar ini telah membuatkan 'Grabbers' lebih erat dan bekerjasama dalam menghasilkan inovasi.
"Kami membantu peniaga gerai makanan untuk menjual makanan secara digital dan peniaga bahan mentah di pasar untuk melariskan jualan mereka menerusi platform kami.
"Kami juga menyediakan perkhidmatan nasihat doktor secara dalam talian menerusi GrabHealth dan menawarkan penghantaran barang runcit yang dipesan oleh pelanggan dalam masa satu jam melalui GrabMart.
"Sekarang kami menitikberatkan aspek jarak selamat dengan menjalani penggambaran selebriti pilihan di rumah sahaja. Ini merupakan kempen Ramadan yang tak akan kami lupakan," katanya.
Must-Watch Video