Utamakan Pembedahan Adik Ainul, Dr. Amalina Sambut Raya Sederhana Bersama Ibu & Kekasih

Amri Hassan
Jun 14, 2019 10:42 MYT
Pelatih pakar bedah warganegara Malaysia, Dr. Amalina Bakri hari ini berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri bersama ibu dan kekasihnya di United Kingdom.
BACA: “You are a Superwoman, Terima Kasih Doktor!” - Dr Amalina Bakri Trending
BACA: “Dulu Dicemuh Hari Ini Diangkat” - PU Rahmat Puji Pendirian Dr Amalina
BACA: "Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Dekat Dr. Amalina Ni..." - Bapa Ainul Mardhiah
Ketika itu maklum Amalina, dia hanya sempat meluangkan masa seketika sahaja untuk menyambut lebaran sebelum kembali ke hospital untuk memantau keadaan adik Ainul Mardhiah.
"Masanya untuk menyiarkan foto-foto Aidilfitri! Saya diberikan cuti sehari pada hari raya pertama dan itu pun selepas shif kerja 24 jam.
"Saya tidak sama sekali menyangka Aidilfitri disambut sehari awal iaitu pada Selasa di UK.
"Saya pulang ke rumah pada pukul 9 pagi, tidur beberapa jam dan menyarung baju raya sebelum bergegas semula ke hospital untuk memantau keadaan Ainul dan keluarganya," tulisnya menerusi akaun Instagram.
Amalina turut bersyukur dapat meraikan lebaran bersama ibunya, Sabariah Hassan dan menjamah hidangan ayam masak merah dan nasi tomato.
"Ibu saya masakkan ayam masak merah dan nasi tomato. Ia memang sedap!," tambahnya.
Amalina turut memuat naik beberapa keping foto berbaju biru sedondon ibu dan kekasihnya.
Nama pelajar pintar Malaysia itu meniti di bibir rakyat Malaysia apabila usahanya untuk menyelamatkan nyawa Ainul, bayi sembilan bulan yang menghidap tumor pada bahagian mulut berjaya.
#Aidilfitri #Dr. Amalina Bakri #Ainul Mardhiah