Uyaina Arshad Akui Fesyen Nampak Pelik, Semua Gara-Gara...
Asraf Aided
16/06/2021 11:40 MYT
16/06/2021 11:40 MYT
Pelakon Uyaina Arshad akui fesyen yang digayakan dalam drama bersiri lakonannya, Love Elsa kelihatan pelik dan tidak biasa digayakan dalam kehidupan seharian.
Menurut Uyaina, gaya itu sengaja dicipta untuk karakter wanita pelik yang dilakonkan.
"Sebelum ini dalam watak-watak lakonan, mahupun kehidupan seharian, saya memang tak pernah pakai macam itu.
"Ia merupakan gaya yang sengaja diciptakan untuk karakter tersebut, kalau kita lihat, dari segi gaya pun sudah tahu yang dia adalah wanita pelik," katanya.
Uyaina berkata demikian dalam sidang media yang diadakan secara virtual bagi mempromosikan drama Love Elsa petang tadi.
Love Elsa adalah sebuah karya adaptasi novel dengan judul sama nukilan Acik Lana manakala drama ini diarahkan oleh Michael Ang.
Bercakap mengenai kerjasama dengan pengarah profilik itu, Uyaina mengatakan Michael adalah seorang yang sangat memahami.
"Michael tahu dan faham saya tak bersentuhan dengan pelakon lelaki, jadi untuk babak bersentuhan, pihak produksi telah menggunakan helah kamera (camera trick).
"Jadi, babak sebegitu akan nampak macam betul-betul bersentuhan walaupun hanya menggayakan pergerakan tangan sahaja," katanya.
Selain Uyaina, Love Elsa dibintangi oleh Zul Ariffin, Riz Amin, Mona Allen, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
Drama 24 episod ini ditayangkan bermula semalam, setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di Astro Ria menerusi slot Megadrama.
Ia juga boleh distrim menggunakan aplikasi Astro Go dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Kredit Foto: @curicuriklik