Hiburan

Uyaina Arshad Akui Sukar Memahami Watak Fariza

gempak
Zulaikha Yusof
30/05/2019
04:02 MYT
Sponsor Banner
Uyaina Arshad Akui Sukar Memahami Watak Fariza
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad akui menghadapi kesukaran semasa memegang watak Fariza dalam drama Curi-Curi Cinta.
Namun begitu, Uyaina berasa beruntung kerana dikelilingi dengan pelakon senior yang tidak lokek berkongsi ilmu.
"Drama Curi-Curi Cinta adalah drama yang kedua selepas Lelaki Kiriman Tuhan.
"Ini merupakan kali pertama saya menjadi 'second lead' dan mengakui agak berat watak ini.
"Ketika di set penggambaran, saya menghadapi kesukaran untuk memahami watak ini.
"Namun, saya berasa beruntung kerana dikelilingi dengan pelakon senior yang mempunyai banyak pengalaman.
"Mereka banyak menolong serta mengajar dari segi untuk menjiwai watak serta cara bermain dengan 'angle' kamera," katanya kepada Gempak.
Uyaina ditemui ketika majlis sidang media dan tayangan perdana program Astro 2019 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Tambah Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, dia perlu mewarnakan wataknya supaya dapat menarik hati penonton.
"Watak saya dalam drama ini agak mendalam jadi saya perlu mewarnakannya lagi.
"Saya perlu membuatkan penonton berasa kasihan serta suka dengan watak Fariza," katanya lagi.
Selain Uyaina, drama Curi-Curi Cinta ini turut menampilkan pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Adam Lee dan ramai lagi.
Drama Curi-Curi Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live