Uyaina Arshad Kini Hamil Anak Kedua - “Doakan Keluarga Kecil Kami”
Mya Amri
01/01/2024 01:50 MYT
01/01/2024 01:50 MYT
Pelakon dan ppengacara, Uyaina Arshad memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua.
Berita gembira itu dikongsi Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Uyaina, kandungannya kini memasuki fasa trismester kedua dan memohon doa agar urusan kehamilannya dipermudahkan.
“Salam semua, kami ada berita gembira untuk dikongsikan. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah.
“Kami bakal menyambut kelahiran anak kedua. Sekarang kandungan saya sudah di peringkat trimester kedua.
“Keluarga kami akan bertambah. Tolong doakan keluarga kecil kami dan semoga yang baik-baik untuk kalian juga,” coretnya.
BERITA TRENDING: Uyaina Tak Peduli Dilabel ‘Terpaling Ibu’ & ‘Terpaling Tahu’ Kerana Sering Kongsi Tips Keibubapaan
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan pada 8 September 2022.