Berada di pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) sudah cukup membuatkan kumpulan V.E berbangga dengan diri masing-masing kerana berjaya sampai ke tahap itu.

Menurut Fakhriz dan Hakim, kejayaan yang kecapi itu bukanlah bermaksud untuk membuktikan kepada sesiapa sebaliknya ia hanya untuk diri mereka.

“Kami tidak perlu membuktikan kepada sesiapa selain daripada diri kami sendiri. Kejayaan kami ini bukti untuk diri kami sendiri mampu sampai ke tahap ini.

“Bukan sebab orang lain… atau nak tunjuk dekat orang yang V.E layak. Memang kami gunakan pentas GV ini untuk test kredibiliti kami.

“Sebab kami baru saja bersama, jadi ini satu platform untuk kami test kebolehan kami. Jadi, lepas ini keluar, bila nak buat persembahan dah ada ilmu yang belajar dari GV,” katanya kepada Gempak.

V.E mendapat tempat kelima dengan markah 72.39% menerusi lagu Ikhlas Tapi Jauh & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja serta lagu battle The Real Slim Shady (Eminem) & Sang Saka Biru bersama juara GV9, Jaclyn Victor.

Sementara itu, Cham bangga melihat perkembangan V.E yang turut dianggotai oleh Fakhriz, Hakim dan Adeep biarpun mereka hanya mula bekerjasama dua minggu sebelum GV9 bermula.

“Group ini ditubuhkan dua minggu sebelum GV dan kami tak pernah menyanyi bersama. Saya sebagai ahli V.E yang asal, saya sangat berbangga mereka bertiga.

“V.E banyak improvement dari minggu pertama sampailah akhir… Alhamdulillah. Paling ketara dari segi hormani dan kesatuan suara selain itu menari.

“Kalau lihat persembahan kami, kalau ada menari saja mesti dapat markah tinggi… kalau tak menari, markah rendah,” ujarnya.

Sementara itu, Adeep turut mengakui mereka sebenarnya menyasarkan gelaran juara namun tetap bersyukur kerana berjaya sampai ke pentas akhir GV9.

“Ikukan kami ada target nak nombor satu tapi Alhamdulillah… markah pun dekat-dekat. Kami boleh lagi buat yang lebih baik tapi apa dah jadi, dah jadi. Cuma akan datang ini, kami tetap akan lakukan yang terbaik untuk V.E,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!