Vah! Vah! Vah! Datuk Rizalman Macam Hero Filem Hindustan

Amri Hassan
April 5, 2018 13:03 MYT
Pertunjukan fesyen show pereka tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim semalam berjaya mencuri perhatian netizen.
Bukan hanya busana yang diperagakan semata-mata namun persembahan dan rekaan pentas yang gah menjadi buah mulut hari ini.
Lebih menarik, Rizalman sendiri turut beraksi dan bergaya ala-ala hero filem hindustan di samping muse koleksi Rizalman for Zalora kali ini, Izara Aishah.
Rizalman mempersembahkan koleksi terbaharunya yang berinspirasikan dari negara India.
"Koleksi ini sebenarnya saya sudah simpan sejak lima tahun lalu, tahun ini berjaya direalisasikan," katanya kepada Astro Gempak.
Sebelum pertunjukan yang berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur semalam, Rizalman terlebih dahulu memuat naik gambar-gambar rasmi koleksinya berserta kapsyen persis kisah hidustan.
Aksi dan keletah Rizalman selanjutnya boleh disaksikan di rancangan realiti pencarian pereka fesyen tempatan, Gen F setiap hari Ahad pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Apapun, jom lihat foto-foto menarik sepanjang pertunjukan fesyen Rizalman for Zalora.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @rizalman71
#Datuk Rizalman Ibrahim #Gen F #Rizalman For Zalora