Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Vaksin Angin? Anda Ada Hak Untuk…”- Dr Say Beri Panduan Pada Penerima Vaksin

Syafiqah Jalal 21/07/2021 | 11:51 MYT
Isu picagari kosong dan tular video yang konon menunjukkan suntikan “vaksin angin” telah hangat diperkatakan baru-baru ini.
Doktor dan pengacara, Dr Say Shazril antara yang tidak terlepas untuk memberi pandangan tentang isu ini.
Malah Dr Say telah tampil memberi panduan tentang apa yang boleh dilakukan oleh seseorang bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku.
“Vaksin angin? To be honest bila saya dan isteri tengok video (tular) sebegitu pun kami tertanya-tanya “apa rationale mereka buat macam tu?”. Saya faham frontliners ramai yang burnt out sekarang ni. Baru habis syif di hospital, mereka ke Pusat Pemberian Vaksin pula.
“Jadi sebagai rakyat jelata, anda ada hak untuk take part in this. Apa yang anda boleh buat bila masuk cubicle nak menerima vaksin tu, cakap kepada pemberi vaksin, boleh tak saya nak tengok syringe vaksin tu dan lepas dicucuk minta nak tengok sekali lagi syringe tu.
“Masa saya dan bini dapat vaksin kami haritu, pemberi vaksin siap sedut vaksin depan muka kami, bagitau berapa mililiter vaksin akan dicucuk dan lepas cucuk dia tunjuk syringe kosong tu kat kami. Rezeki kami dapat pemberi vaksin telus sebegitu,” katanya.
Pengacara Tanya Doktor itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, Dr Say tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin akan terjadi ‘human errors’.
Namun katanya sebagai rakyat juga perlu memainkan peranan masing-masing supaya ia tidak berulang.
“Sekali lagi, “human errors” are bound to happen in chaotic situation like now, but we should play our part in this too.
“Kalau PPV tu tak bagi buat rakaman, ambil inisiatif untuk request pemberi vaksin tunjuk semua di depan mata anda,” nasihatnya.
Sejak beberapa hari lalu isu serta video seorang penerima vaksin yang dipercayai menerima picagari kosong telah tular dan menjadi pendebatan ramai.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

#Vaksin #Dr Say #Panduan #Picagari Kosong #Vaksin Angin
;