Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Vaksin Buat Remaja Dimulakan Di Sarawak, Lembah Klang & Labuan Menyusul

Awani
08/09/2021 11:10 MYT
Satu lagi perkembangan positif kepada rakyat Malaysia apabila golongan remaja di negara ini mula menerima vaksin COVID-19 hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan, golongan remaja di Sarawak berumur 16 serta 17 tahun dan remaja 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi dengan penyakit kronik adalah kumpulan pertama menerima vaksin berkenaan.

"Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) memberi kebenaran untuk memulakan pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja.

"Bermula di Sarawak hari ini, pemberian kepada remaja 16-17 tahun dan 12-15 tahun yang berisiko tinggi (dengan penyakit kronik)," tulisnya di Twitter.

Tambah beliau, pemberian vaksin kepada remaja akan diteruskan di Labuan dan Lembah Klang dalam masa terdekat. Pihaknya juga akan memberikan vaksin jenis Pfizer.

"Labuan dan Lembah Klang akan menyusul dalam masa terdekat. Kami akan memberi vaksin jenis Pfizer," akhirinya.

Setakat artikel ini ditulis, ciapan tersebut mendapat lebih 2,400 tanda suka dan diulang kicau lebih 1,400 warganet.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Kredit Foto: AWANI
#Malaysia #Khairy Jamaluddin #KJ #Vaksin #Remaja #Vaksin Remaja
;