Kecoh di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan vaksin yang digunakan untuk merawat COVID-19 mengandungi cip rangkaian 5G.

Dakwaan tersebut mula tercetus apabila ada pihak tidak bertanggungjawab memuat naik sebuah gambar rajah memaparkan skematik elektronik yang kononnya cip 5G.

Berdasarkan gambar tersebut, terlihat beberapa penerangan seolah-olah aliran yang bakal dihasilkan oleh cip berkenaan.

Gambar tersebut kemudian telah digunakan oleh sesetengah netizen khususnya yang membantah pengunaan vaksin untuk menakutkan orang ramai.

Bagaimanapun, menerusi laporan terbaru, foto yang didakwa ‘cip 5G’ itu rupanya adalah foto skematik litar elektronik pedal yang digunakan untuk gitar elektrik.

Malah, ia langsung tidak ada kena-mengena dengan vaksin COVID-19.

Anda boleh lihat gambar tersebut di bawah.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menerima dan menyampaikan maklumat.

Maklumat yang tidak benar boleh mendatangkan panik dalam kalangan masyarakat.