LAMAN UTAMA
Vaksin COVID-19; Ramai Mengadu VVIP Cuba Potong Barisan, Respon KJ...
Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin menegaskan pihaknya memandang serius isu potong barisan yang melibatkan individu kenamaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata pihaknya telah memaklumkan perkara terbabit kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah agar isu itu ditangani dan tidak berulang lagi.
"Pemberi maklumat boleh hantar e-mel secara 'anonymous' (tanpa nama) terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat.
"Pasukan saya terus memantau komen pemberi maklumat di media sosial berkaitan memotong giliran mendapatkan vaksin.
"Kami memandang serius semua pendedahan," katanya di Twitter.
Beliau bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr Chong Chee Kheong yang berada dalam jawatankuasa khas akan menyiasat laporan atau aduan yang dikemukakan.Terima kasih @rafidah72. Saya pandang sangat serius isu queue jumper ini. Saya telah maklum perkara ini kepada @DGHisham agar tiada pemotongan queue. Whistleblower boleh hantar emel secara anonymous terus kepada saya [email protected] dan saya akan siasat. https://t.co/HChBkQ8owK— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 28, 2021
Sebelum ini tular beberapa aduan yang dimuat naik di media sosial menyatakan keluhan terhadap sikap segelintir individu yang pentingkan diri sendiri.
Tambah beliau, individu kenamaan yang bukan bergelar wakil rakyat tidak boleh menjadi penerima vaksin Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.DUA DARJAT 2.0Ya, faham ianya simbolik pemimpin mengambil suntikan vaksinasi dahulu. YB Perdana Menteri, Menteri Agama, Menteri Besar setiap negeri, kami tiada halangan. Tapi dah kenapa pulak EXCO, ADUN, menteri2 lain, kuncu2 mereka nak vaksinasi awal? Maaf, kami tak faham. pic.twitter.com/p8mH3jps4P— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 27, 2021
Malah, kata Khairy wakil rakyat juga disaran mengambil vaksin secara berperingkat.
"Sebagai penjelasan, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini ‘VVIP’ bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh.
"Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Tidak bagus," tambahnya.
Sehingga pukul 6.30 petang semalam, seramai 1,428,719 orang sudah mendaftar melalui MySejahtera untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.To be clear, wakil rakyat memang ada dalam fasa pertama. Cuma sekarang ini ‘VVIP’ bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh. Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua Exco one shot. Not good. https://t.co/HOdttUVwZ6— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 28, 2021
Must-Watch Video