Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 18 tahun telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera.

Perkara itu disahkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) pada Rabu.

Ini susulan kelulusan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi golongan berkenaan.

Katanya, pada peringkat permulaan, hanya pelajar yang lahir pada 2003 dan akan menyambung pelajaran ke luar negara diberikan keutamaan.

"Selain itu, kanak-kanak dan remaja yang mempunyai komorbiditi juga menjadi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19," katanya.

Berikut merupakan dua Langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk pendaftaran tersebut:
  1. Pendaftaran boleh dibuat pada ruangan 'tambah tanggungan' yang tersedia dalam kategori 'vaksinasi' di aplikasi berkenaan.
  2. Proses pendaftaran itu boleh dibuat dengan mengisi ruangan disediakan antaranya nama, hubungan, nombor MyKad, umur, jantina serta alamat.
Malah, aplikasi terbabit membenarkan proses pendaftaran dibuat untuk lebih dari satu tanggungan.
Sebelum ini, tular di aplikasi WhatsApp sebelum ini bahawa pendaftaran pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak mula dibuka.

Sumber: BH Online/ Sinar Harian