Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Via Vallen Berhenti Beri Duit Saku, Adik Beradik Sentap Sampai Jual Hadiah Kereta

Maliah Surip
19/12/2022 14:50 MYT
Penyanyi dangdut Via Vallen baru baru ini mengejutkan netizen apabila mengaku dirinya menjadi musuh adik beradik sendiri.

Hal itu berlaku kerana penyanyi itu berhenti memberi duit saku bulanan, termasuk membayarkan semua tanggungan kereta adik beradiknya.

Menurut Via Vallen yang menulis pengalaman panjang itu di akaun Instagramnya, suatu ketika dahulu dia memanjakan adik beradiknya dengan wang hasil menjadi selebriti yang cukup lumayan.

Bukan sekadar memberi bantuan, dia juga memberi duit saku setiap bulan dan membelikan mereka kenderaan.

Sehingga akhirnya tidak ada seorang pun adik beradiknya yang bekerja dan hanya hidup senang dengan duit saku yang diberi. Jika Via lambat memberi duit saku pada setiap bulan, akan ada adik beradik yang kurang senang.

Terfikir perbuatan memanjakannya adik beradiknya sedemikian rupa adalah cara yang salah, Via Vallen pun memutuskan untuk tidak lagi membiayai atau menolong mereka.

Tindakannya itu membawa padah apabila dirinya dimusuhi mereka.

“Barulah saya sedar caraku salah. Akhirnya saya stop duit saku bulanan dan biaya biaya peribadi mereka termasuk service dan duit muka kendaraan dengan tujuan biar mereka berfikir dan mahu bekerja.

"Mahu tahu bagaimana hasilnya? Saya dimusuhi. Bahkan hadiah seperti kenderaan diam diam dijual.

“Lagi parah bila mereka menyalahkan saya kerana tidak ada duit. Mereka kata kalau sudah beri sepatutnya dianggap hadiah jadi hak mereka mahu buat apa (jual). Dan saya terus dimusuhi,” dedah Via Vallen seperti dilaporkan Detik.com.

Meski begitu, ada adik-adiknya yang mulai berusaha ada juga yang tetap tak mahu bekerja. Cerita ini dibagikan oleh Via Vallen dengan maksud berbagi pengalaman sebagai anak pertama.

Via Vallen menegaskan saat ini hubungan dengan adik-adiknya sangat baik.

"Sekarang adik-adikku sudah dewasa. Semuanya baik-baik dan tidak lagi malas.

“Mereka juga banyak membantu keluarga dan kadang membantu saya,” tegas penyanyi itu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Indonesia #Adik Beradik #Via Vallen #Kereta #Sentap