Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

VE Tidak Bertanggungjawab Kenyataan Dikeluarkan Bekas Ahli Kumpulan – “Ia Kenyataan Peribadi…”

Fiza Kamarudin 11/02/2021 | 11:00 MYT

Kumpulan Voices Of Euphonious atau VE, tidak bertanggungjawab dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan ahli kumpulan tersebut baru-baru ini.

VE berkata, kenyataan tersebut yang telah disiarkan di beberapa platform media adalah berbentuk peribadi dan tidak mewakili kumpulan mereka.
“VE ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan dan pendapat yang dikeluarkan oleh mantan ahli VE adalah daripada kenyataan peribadi.
“Serta ada beberapa fakta yang tidak selari dengan isu rombakan ahli dan seterusnya tidak melibatkan pendirian VE,” tegas VE.

[[BACA: Shah & Damian Keluar VE - Sedihnya...Hilang Anggota Asal...]]

VE 2021 dianggotai oleh empat orang iaitu Zaf, Cham, Adeep dan Hakim berkata, kata sepakat dicapai apabila Shah membuat keputusan menarik diri.
“Selepas Shah menarik diri beberapa perancangan diubah atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan dan VE juga telah membuat rombakan yang terbaik untuk kumpulan ini.
“Komitmen VE 2021 lebih kukuh dan sedang dalam proses untuk rakaman lagu-lagu baharu yang melibatkan kolaborasi dengan beberapa pihak yang telah menawarkan kerjasama sejurus selepas rombakan terbaharu oleh VE,” kata VE.
Dalam pada itu VE berkata, sebarang kenyataan rasmi hanya akan keluar daripada Pengurus VE serta akaun media sosial rasmi VE iaitu @_veofficial dan VE25years.

#Berpecah #VE #Kumpulan VE #VE 2021 #VE Baru
;