Filem yang berjaya memecah rekod Box Office dalam kategori filem animasi tempatan iaitu Mechamato Movie kini di pawagam rumah anda, Astro First!

Jika anda terlepas menyaksikan filem arahan Nizam Abd Razak ini, kini anda boleh terus menonton di saluran Astro First bermula hari ini, 9 Mac 2023.

Selain Malaysia, filem yang berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.1 juta dalam tempoh satu hari tayangan di pawagam untuk turut disiarkan secara serentak di Singapura dan Indonesia.

Menariknya lagi, Mechamato Movie yang ditayangkan di Astro First mempunyai jalan cerita yang sedikit berbeza berbanding versi pawagam.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Saksikan filem animasi Mechamato Movie di Astro First sekarang! Special untuk semua, anda boleh melanggan Astro First dengan harga istimewa iaitu RM9 untuk 24 jam (5 hari bermula 9 Mac hingga 13 Mac) atau boleh juga dengan RM15 untuk 48 jam.