Pelakon Nad Zainal juga tidak ketinggalan terjebak dengan fenomena drama Korea popular, Squid Game arahan Hwang Dong Hyuk.

Dikenali sebagai pelakon serba boleh, Nad kemudiannya menggunakan kreativiti sendiri untuk mencipta ‘drama’ Squid Game sendiri.

Paling menarik, Nad juga turut belajar dan bertutur dalam bahasa Korea dan mempunyai nama panggilan rekaan iaitu Park Ha Nad.

Walaupun hanya beberapa minit, namun lakonan Nad ternyata menghiburkan pengikutnya di Instagram.

Apatah lagi jika melihat sebutan dan mimik muka pelakon hebat itu membuat gaya tipikal drama Korea.

View this post on Instagram

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

Menerusi satu posting lain, Nad juga menyuarakan hasrat untuk menjadi watak Han Mi Nyeo iaitu wanita berambut kerinting yang membuatkan ramai penonton geram dengan perangai jengkel sekiranya Squid Game dibuat versi remake di Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, video pendek Squid Game versi Nad telah mendapat lebih 143,000 tontonan.

Kepada yang belum menonton, saksikan Squid Game secara eksklusif hanya di Netflix.