Vicha ‘Happy’ Dapat Hantar Bakso Beranak Kepada Abang-Abang Polis Jaga ‘Roadblock’

Fiza Kamarudin
April 23, 2020 15:03 MYT
Pelawak dan pelakon Vicha, gembira dapat menghantar hidangan bakso beranak air tangannya sendiri kepada petugas barisan hadapan pandemik COVID-19.
Menerusi sebuah posting di Instagram, Vicha memberitahu dia berkongsi rezeki dengan anggota polis yang bertugas menjalankan sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jururawat dan doktor di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih atas rezeki mu ya Allah hari ini selesai sudah para runner hantarkan @baksoberanak_kl dekat abang-abang polis dekat roadblock.
“Semoga mereka semua suka bakso-baksonya…Salute untuk mereka yang masih bekerja time-time PKP ni. Bukan mudah, semoga Allah permudahkan segalanya dan kita semua kembali seperti sedia kala.
“Terima kasih juga kepada @kakikipasartis yang sama-sama membantu memberikan sumbangan pada hari ini untuk nurse dan doktor di HUKM,” katanya.
Dalam pada itu Vicha turut mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan Bakso Beranak KL yang menyokongnya selama ini.
“Semoga semua yang terlibat selalu dimurahkan rezeki panjang umur dan juga selalu dilindungi Allah SWT termasuk all my costumer @baksoberanak_kl sebab dari setiap pembelian bakso-bakso tu korang semua sudah menyumbangkan sedikit untuk mereka semua.
“Terima kasih semua, saya juga ingin memohon maaf kepada semua atas salah silap saya selama ini esok kita akan masuk bulan suci Ramadan, semoga kita semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik,” katanya.
#Vicha #PKP #Belanja Bakso