“Vida Ada 2 Anak Lelaki Ke?” - Cik B Potong Rambut Gaya Mullet, Smart Betul!
Azwa Rahman
18/10/2022 07:42 MYT
18/10/2022 07:42 MYT
Anak kepada usahawan selebriti Datuk Seri Vida, Cik B mencuri perhatian ramai apabila menggayakan potongan rambut terbaharu yang dipanggil sebagai mullet.
Menerusi platform TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 17, berkongsi video memotong rambut pada awal minggu lalu untuk tatapan umum.
“Jadi, saya beritahu mama saya mahu gaya rambut mullet dan dia kata okay dan akan memotong rambut saya. Saya sangat takut,” kata Cik B menerusi perkongsian tersebut.
Bagi yang belum mengetahui, gaya mullet merupakan rambut yang dibotakkan di sisi kiri dan kanan manakala bahagian atas dan bawah dibiarkan panjang.
undefined
Malah dalam perkongsian terkini, Cik B dilihat semakin selesa menggayakan rambut mullet tersebut dan turut disertakan aksesori topi.
Sementara itu di ruangan komen, rambut baru tersebut menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya memuji ia membuatkan Cik B nampak semakin bergaya.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat gaya rambut tersebut membuatkan Cik B saling tak tumpah seperti adiknya, Kacak.
undefined
“@Yuyu amanda:Wow...smart rambut Cik B.”
“@nannyeinaahmad1:DSV ada 2 anak lelaki ke, Kacak dengan Segak ke?”
“@pendayung madu:First tengok ingat budak lelaki, rupanya Cik B.”
“@Aurr:Bukan Cik B ni da boleh panggil Mat B.”
“@yoong lee jessica tasha boek:Aku ingatkan lelaki mana ntah.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir ratusam ribu tontonan daripada warga TikTok.