gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shila Amzah Mohon Netizen Tidak Salah Faham, Jelaskan Hubungan Dengan Ibu Kini Lebih Baik
HIBURAN
“Dah Beli Cincin, Jumpa Keluarga…Tapi Jodoh Tak Sampai” – Andy Teh
HIBURAN
Vida Lalui Fasa Perubahan Hidup, Dapat ‘Turning Point’ Selepas Lawat Kubur Arwah Norly Syahirah - “Ketika Itu Jam 1:30 Pagi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Vida Lalui Fasa Perubahan Hidup, Dapat ‘Turning Point’ Selepas Lawat Kubur Arwah Norly Syahirah - “Ketika Itu Jam 1:30 Pagi…”

Mya Amri
Mya Amri
10/08/2025
08:22 MYT
Sponsor Banner
Vida Lalui Fasa Perubahan Hidup, Dapat ‘Turning Point’ Selepas Lawat Kubur Arwah Norly Syahirah - “Ketika Itu Jam 1:30 Pagi…”
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida mendedahkan kini sedang melalui fasa perubahan besar dalam hidup yang lebih mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.
Menurut Vida, perubahan itu datang selepas menziarahi pusara mangsa kemalangan bas pelajar UPSI, arwah Nurly Syahirah di Jerteh.
“Alhamdulillah saya sekarang ini lebih kepada mendekatkan diri kepada Tuhan apabila saya telah pergi ke Jerteh, Besut melawat dan menziarah kubur arwah Nurly Syahirah.
“Tiba-tiba datang satu ‘turning point’ dan telah membuat satu keputusan segera yang mana banglo saya yang besar di Jertih itu saya infak untuk pengajian tahfiz wanita, menghafaz, menulis dan menterjemah Al-Quran,” ujarnya.
Vida berkata demikian ketika ditemui di acara pertunjukkan fesyen JAAN by Abu di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2025) pada Sabtu.
Vida mengakui keputusan yang dibuat secara spontan itu bukan sesuatu yang mudah baginya, namun dia percaya ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Malah Vida juga turut berkongsi satu kejadian luar biasa yang dialaminya sewaktu berada di banglo tersebut sekitar jam 1:30 pagi.
“Dalam masa saya nak buat keputusan secara ‘on the spot itu saya terfikir, saya rasa mampukah saya buat? Benda ini bukan nak buat satu hari, sebulan atau setahun tetapi selamanya.
“Dengan keajaiban yang kita tidak tahu, ada kalimah Allah di atas (langit) banglo, ketika itu waktu lebih kurang jam 1:30 pagi.
“Saya pun rasa tiba-tiba ada tarikan untuk pergi ke sana, jadi saya banyak berulang ke Kelantan dan Terengganu sekarang.
“Kalau tidak dulu tiga tahun sekali pun tak balik. Sekarang ini sama ada sebulan dua kali atau sebulan sekali,” jelasnya.
Sebelum ini, Vida sering dilabel netizen sebagai antara usahawan yang sering mencipta kontroversi demi konten.
Namun kini, Vida dilihat lebih gemar berkongsi mengenai hal hal yang berkaitan dengan ilmu agama.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#DSV
#Vida
#Perubahan
#UPSI
#Nurly Syahirah
#Perubahan Hidup
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement