Anak lelaki kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Kacak menyatakan dia bersetuju jika ibunya mahu berkahwin baru.

Namun menurut pemilik nama sebenar Muhammad Eric Zecquan, 14, berkata dengan nada bergurau, dia tidak akan bersetuju dengan mudah tentang siapa pilihan ibunya itu.

Menerusi platform TikTok, Kacak berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

“Kacak, bapak baru Kacak. Dapat bapak baru best Kacak. Kacak bila mama kahwin Kacak. Apa perasaan Kacak dapat bapak baru Kacak. Bapak, bapak, bapak kau.

“First of all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin im just gonna agree with it guys. But not gonna agree macam tu je la.

No, you have to give me some.. you know.. (duit). If he wants my mom, then give me some of this (duit). Yes money, yes talk. No money, no talk.

Give me some (duit) and I will agree with everything, don't worry. Saya bukan pisau cukur ke apa, but money works you know,” ujarnya secara bergurau dalam video tersebut.



Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi kacak yang bergurau tentang isu ibunya ingin berkahwin baru.

@Miss Eiyra:hahahahaha.. adoyy lawak..sabar kacak…

@LizaWatiey(Liz): Bilo anok-anok lebih cerdik dari ore tua mikir

@Haritzzzz95:HAHAHAHAHAHAH jujur sangat tu”

“@MakKauMampusKe??:Ni mesti risau bapak baru kikis harta mak. so Kacak ambik peluang keemasan ini supaya pisang tak berbuah 2 kali

@SΛ:Sabar cakkkkkkk. Bawak mengucap. Tak cukup nafas tu HAHAHAHAHAHAHAHAHAH

@BLUEPHONEIX戈:Nak tanya kalau dato vida kawin dengan iqbal, Adakah iqbal akan bergelar datin?

@ꜱʏɪꜰᴀ ࿐ ࿔*:・゚:HAHAHAHAHAAH yea no money no talk

Sekadar info, kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesuburan dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat.

Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu.

BACA: “Kami Hampir Nak Kahwin,” - Tak Kisah Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Akui Terpaut & Sayang Pada DSV, Tapi…