[VIDEO] Aaisyah Dhia Rana Positif Covid-19, Che Ta Janji Nak Sambut Birthday All Out Lepas Dah Sembuh!
Shahrin Zulkifle
01/11/2022 21:00 MYT
01/11/2022 21:00 MYT
Anak kepada pelakon dan usahawan jelita Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana disahkan positif Covid-19 pada Selasa.
Berkongsi perkara itu di Instagram, Rozita atau mesra di sapa Che Ta berkata dia tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu yang terbaring menanggung sakit.
Malah jelasnya lagi, hari tersebut juga merupakan hari ulang tahun yang ke lapan buat anaknya yang tercinta itu.
“Hari ini hari jadi Aaisyah Dhia, tapi kesian sayang mummy kena Covid,” tulisnya pada kapsyen.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu turut memasang azam untuk mengadakan majlis sambutan ulang tahun Aisyah apabila dia sudah kembali sembuh.
“Dah sihat nanti kita celebrate all out ya sayang,” tambah Che Ta.
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, beberapa rakan artis dan pengikut Che Ta menitipkan doa agar Aaisyah kembali sembuh serta menyampaikan ucapan ulang tahun buatnya.
Azzaelite: “Cepat sembuh Aaisyah, happy birthday, we all love you”
Errafazira: “Happy birthday beautiful girl, get well soon, moga menjadi anak yang solehah, berjaya selalu”
Sheiraijoy: “Ala kesian dia, first time kena ya, semoga cepat sembuh,” antara komen yang ditinggalkan.
Untuk info, Aaisyah merupakan anak daripada hasil perkahwinan Che Ta, 48 dan Zain, 38, yang telah mendirikan rumah tangga pada 2013.
Terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama bekas suami pertama.