Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Aaron Aziz Beri Teguran Secara Baik Isu Ucapan ‘Merry Christmas’ - “Mungkin Ramai Yang Tak Sedar Setiap Kali…”

Asyikin Mayudin
29/12/2022 06:55 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz memberi teguran secara baik kepada segelintir masyarakat Muslim yang mengamalkan ucapan ‘Merry Christmas’ kepada rakan bukan beragama Islam.

Pelakon kelahiran Singapura itu menjelaskan ucapan itu tidak sepatutnya diucapkan oleh orang Muslim memandangkan ia dilarangi Allah.

“Saya nampak benda itu berlaku di TikTok, tentang orang yang tilik nasib. Minta orang baca nasib pakai pakau atau kad. Dengan segala hormatnya nak tegur sebaik-baiknya.

“Kami sebagai seorang muslim, beragama Islam, mungkin ramai yang tak sedar setiap kali tibanya 25 hari bulan 12, bila korang ucapkan Merry Chrismas kepada sesiapa atau posting ke kepada kawan non-muslim, korang sedar ke tak sedar iaitu sangat dilarangi Allah.

“Kerana bila kita ucap Merry Christmas maksudnya engkau terima kepercayaan mereka dimana Nabi Isa adalah anak kepada Allah dan itu adalah satu perkara yang amat berat.

“Jadi, kalau nak cakap Happy New Year, season greeting okay. Tapi jangan sampai cakap Merry Christmas, itu bukan cara kita sebagai seorang Muslim,” jelasnya.

Rata-rata netizen turut memberi pandangan yang sama selain mengucapkan terima kasih kepada aktor itu atas pengingatan tersebut.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang kurang setuju dengan kenyataan itu memandangkan ucapan itu sekadar menghormati perayaan agama lain.

Untuk info, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pernah memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, ucapan itu sekadar ungkapan untuk menzahirkan kegembiraan sambutan itu dan golongan Muslim boleh mengucapkannya kepada orang Kristian namun dengan syarat mereka tidak memuliakan agamanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

#Aaron Aziz #Aaron #Aaron teguran #Aaron ucapan #Merry Christmas #Perayaan Krismas
;