Pelakon hebat, Datuk Aaron Aziz menarik perhatian netizen selepas bertemu dengan aktor Hollywood terkenal iaitu Chris Hermsworth.

Aaron berkongsi momen bertuah itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Aaron, dia berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk bertemu dengan pelakon hebat tersebut.

“Alhamdulillah untuk peluang berada di Manila. Hanya Allah mengetahui apa yang terbaik. Aksi lawan gempak gila. 100 kali ganda lebih baik daripada filem Fast X," kongsinya.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)


Dalam pada itu, perkongsian Aaron itu juga mendapat pelbagai netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah.

Tidak kurang juga ada yang memetik nama pengarah, Syamsul Yusof selepas apa yang berlaku pada Aaron.

BACA: “Saya Bukan Tarik Diri, Tapi Dibuang”- Aaron Aziz Jawab Sebab Tak Berlakon Filem Syamsul Yusof

Difahamkan Aaron bersama beberapa pelakon dari Malaysia diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipina

Selain Aaron, turut dijemput naik ke pentas bersama adalah aktor Iedil Dzuhrie Alaudin untuk bersalaman dan bergambar dengan Chris serta Sam Hargrave.

Terdahulu, timbul kontroversi apabila Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem Original Gangster.

BACA: “Saya Ambil Semua Kesalahan & Bertanggungjawab”- Syamsul Yusof Tak Mahu Isu Dengan Aaron Aziz Dipanjangkan

Aaron bagaimanapun dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Syamsul beberapa kali datang ke rumahnya bagi membincangkan mengenai tawaran lakonan dan sedia maklum tentang tahap kesihatan dialami.