Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Ada Penyanyi Cuba Ngorat Chombi, Harry Khalifah Tak Izin Bercinta Sebab Bawah Umur! - "Sekarang Ni, Sayalah 'Boyfriend' Dia"

Shahrin Zulkifle
04/11/2022 02:00 MYT
Ayah kepada penyanyi Chombi, Harry Khalifah mendedahkan anak perempuannya itu pernah diminati seorang penyanyi lelaki.

Jelas Harry atau mesra di sapa Apak, 42, dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama penyanyi lelaki berkenaan kerana menghormatinya.

“Jujur saya katakan memang ramai yang dah tanya pasal anak saya, malah daripada kalangan penyanyi pun ada juga.

“Penyanyi itu pun masih budak, kalau untuk saya sebut nama dia macam tak manis juga. Dia agak famous, saya nasihatkan dia untuk berkawan sahaja dulu.

“Dia bagi tahu saya yang dia suka Chombi, dia suka tengok gaya Chombi sampai kalau anak saya depan dia, dia tak boleh menyanyi. Nama dia saya terpaksa rahsiakan,”katanya kepada Gempak.

Apak dan anaknya ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu Chombi berjudul Sayunk I Love You bertempat di Drum Asia Studio, Damansara pada Khamis.

Dalam pada itu, Apak berkata dia sentiasa menasihati anaknya untuk tidak bercinta terlebih dahulu memandangkan usianya masih muda.

“Macam mana pun saya nasihatkan anak saya, Chombi ayah punya, selagi belum kahwin, tetap kepunyaan ayah.

“Untuk sekarang ini, dia kena ingat, saya adalah boyfriend (kekasih) dia.

“Saya akan tetap jaga anak saya sebab dia masih di bawah umur, 15 tahun. Kalau orang hanya ingin nak berkawan saya tidak kisah,” tambahnya.

Terdahulu, lagu Sayunk I Love You menjadi trending di seluruh media sosial termasuk di laman TikTok, malah lagu berkenaan turut menerima lebih 4.1 juta totonan selepas tiga minggu diluncurkan di YouTube.

#Viral #TikTok #Apak Khalifah #Chombi #Sayunk I love you
;