Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Ada Sebab Mas Idayu 'Garang' Ketika Menjuri! - "Dari Sekolah, Saya Dikelilingi Guru-Guru Tegas, Di Rumah Pula..."

Asyikin Mayudin
10/02/2023 01:50 MYT
Penyanyi Mas Idayu atau mesra disapa sebagai Mummy berkongsi pengalaman perjalanan hidupnya yang dikelilingi guru dan ibu bapa tegas dan garang.

Biarpun memberontak ketika di usia muda namun Mas Idayu kini mengerti ketegasan daripada guru dan ibu bapanya itu membuatkan dirinya menjadi lebih baik.

“Dari sekolah, mummy sering dikelilingi oleh guru-guru yang tegas dan garang! Begitu juga di rumah mummy mempunyai ibu bapa yang tegas dan garang.

“Masa kecil kita memberontak kerana kurang mengerti apa mahunya mereka... akhirnya kini mummy mengerti, sedikit bentakan dan ketegasan bisa membuatmu lebih baik dan dikenali,” kata Mas Idayu.

Mas Idayu turut berkongsi video memperlihatkan dia dan penyanyi Sissy Imann berpelukan selepas tamat program realiti di sebuah televisyen baru-baru ini.

Tambah Mas Idayu lagi, dia tidak mempunyai niat untuk mengkritik secara kasar sehingga membuatkan penyanyi itu menjadi lebih buruk.

“Mummy tidak pernah ada niat walau sekelumit pun untuk menjerumuskan mu agar lebih buruk walau dengan cara kasar bisa membuat kalian terkenal, jalani saja.

“Masih panjang perjalanan karier kalian... all the best all of you out there!“ kongsinya lagi.

Terdahulu, Sissy dan Naim yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.

Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.

Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

#Mas Idayu #Mummy #Mas Idayu garang #Mas Idayu juri
;